Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell telah ditubuhkan pada 1917. pada 1 Jun 1922, Sekolah Maxwell dibuka pintunya kepada 110 pelajar oleh lima orang tenaga pengajar.
Pada zaman pra-peperangannya, bangunan sekolah ini berfungsi sebagai sekolah permulaan (Sekolah Rendah) kepada Sekolah Menengah Victoria ( Victoria Institution).
Pada 1933, Sekolah ini terpaksa ditutup buat seketika tapi digunakan oleh pihak swasta untuk sekolah swasta yang beroperasi dari tahun 1934 hingga 1938. Sekolah swasta tersebut dinamakan sebagai Sekolah Pertukangan (Trade School).
Semasa kependudukan Jepun, bangunan sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Kempeitai Jepun. Selepas perang, Banggunan sekolah digunakan sebagai Asrama untuk sebuah Kolej Teknikal baru hingga tahun 1953. Selepas itu, sekolah ini dibuka semuala sebagai sebuah sekolah menengah moden yang pertama di Malaya.
Pada hari ini, Sekolah Maxwell masih lagi berdiri megah dengan banggunan asal yang telah dibina sejak dahulu lagi.